Tuesday, October 18, 2011

Al-kisah di wad kecemasan...selamat hari lahir!

Assalamualaikum. Entry nie berkisah pasal semalam, di sebabkan sakit yang melampau, mr husband bawa juga ke hospital. Of coz wad kecemasan kan. Dalam pukul 1.00am, dah tercongok kat sana sambil menahan sakit. Allah je yang tahu macamana keadaan masa tu. Seharian menahan sakit menyebabkan suhu badan naik. Ye, aku demam. 


Hospital kerajaan, what do u expect? Datang-datang terus diorang bagi rawatan? No,no,no.. Sekadari bagi panadol untuk redakan demam, tambah-tambah ada kes kecemasan lagi lah lama. Aku dah separuh azab kat situ. Menahan sakit yang tidak ada tolok bandingan. Sampai giliran, disoal siasat umpama suspek, bagi ubat gastrik dan suntikan yang buat aku rasa lalok. Dunia nie seakan berpusing laju-laju. Lepas tu aku dah tak sedar apa yang terjadi. Pengsan!


Alih ke subuh baru sampai rumah, sambung rest. Minta tolong suami amik EL, jagakan anak sebab aku tak larat langsung. Kesan ubat yang tak boleh bertolak ansur dengan tubuh badan. Owh, kesian hubby.


p/s : Hari nie, hari jadi mr husband. Malam tadi sempat wish sebelum ke hospital. 

1 comment:

fieda said...

jue gi hospital kerajaan kajang ker..pernah gak kul 2 pagi gi hospital kerajaan ank semput..fuhh lama tu nk tggu..pastu ada sekali masa saya gugur gitu jgk,masuk kt wad kecemasan tp nk nunggu kan dorang cek dkt 2 jam tggu..nk nangis rase masa tu..semoga jue cepat sihat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...