Monday, September 5, 2011

Ukhwah terjalin.. terlerai sebuah rindu

Assalamualaikum.. Aku seronok raya tahun nie, sebab hajat nak jumpa saudara mara di Kota Tinggi tercapai. Walaupun tak dapat jumpa semua, rasanya dah terubat 'rindu' pada keluarga di sana. Sebak, sedih, hiba, macam-macam perasaan ada. Pertemuang yang cukup ringkas dan singkat, benar-benar meninggalkan kesan di hati nie. Kalau ikutkan hati, nak je duduk lama kat sana tapi apakan daya. Masih banyak urusan yang perlu di selesaikan. Dari Kuantan ke Mersing dan Kota Tinggi dalam masa 2 hari, betul-betul tidak memadai untuk aku melepaskan rindu pada sanak saudara...


InsyaAllah, jika umur panjang dan di izinkan Allah, akan aku jejakkan kaki ke sana semula untuk ketemu sanak saudara. Hajat nak menziarahi sanak saudara jauh di bulan Syawal nie terpaksa dilupakan sementara sebab terikat dengan jadual kemoterapi. Semoga ukhwah ini terjalin rapat hendaknya....


Selagi hayat di kandung badan, selagi nafas masih lagi ada, selagi nadi masih berdenyut, hargailah setiap insan yang ada di sekeliling kita.. darah silaturahim yang mengalir dalam badan, takkan dapat dipisahkan.....


p/s : tak dapat nak ambil gambar, keadaan tak mengizinkan........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...