Saturday, September 3, 2011

Syawal ke 5..aku buntu

Assalamualaikum.. Dah 5 Syawal, sekejap je masa kan? Hari nie dapat balik rumah sendiri, dapat pijak lantai rumah sendiri. Sangatlah heaven!! Tapi satu barang dalam peti sejuk takde. Apa nak masak? Malam tadi makan KFC lagi. Memang menternak lemak jelah sepanjang syawal nie. Niat hati nak masak soto tapi virus 'M' bagaikan kanser dalam badan. Malas sungguh nak ke pasar.


Kalau ikutkan hati, hari nie aku nak membuta je. Tidur, tidur dan tidur. Dah beberapa hari tak dapat rehat secukupnya. Tapi bila toleh bakul baju bertimbun baju nak kene basuh, toleh kiri, banyak baju nak kene lipat, rumah pun ala tongkang pecah, gagahkan jugakla buat semua tu. Nielah akibat kalau rumah nie jarang duduk sejak-sejak kemo nie. Hmpppff...


p/s : 2nd cycle kemo dah start semalam. Rasa lebih sakit dari yang 1st. Tak tau kenapa.. moga aku lagi kuat kali nie.....

1 comment:

Hanif Idrus Blog said...

Selamat Hari Raya....
biasalah hari raya ni memang memenatkan ..budak2 jer yang gembira..hahahhaa.
Good luck for your kemo..
http://hanifidrus.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...