Saturday, September 24, 2011

Silent....

Assalamualaikum.. Rasa dah naik bersawang blog nie. Tak update story macam selalu. Sepanjang cycle ke 3 nie, aku berkampung di rumah mertua. Tak larat nak berulang dari kajang ke ampang setiap hari. Penat. Tambahan pula, keadaan kesihatan aku yang sememangnya tak mengizinkan untuk aku kelihatan GAGAH!! 


Result darah dah keluar, alhamdulillah beta HCG aku dah turun ke paras normal. 0.11.... Lega sangat. Cuma buat masa nie aku tak tau berapa cycle lagi yang terpaksa aku lalui. Kalau ikutkan hati, nak stop sekarang juga tapi tak boleh. Aku dah penat, makin lama aku rasa badan nie makin lemau. Lemah sana sini. Keadaan kesihatan pun makin merundum jatuh macam bursa saham. Tired!


p/s : mau tidur.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...