Friday, September 2, 2011

Raya yang dugaan dan 'azab' untuk ku

Assalamualaikum.. Hah, mood raya lagi korang? Aku baru la nak rasa nikmatnya raya kali nie tapi malangnya raya kali nie penuh dugaan.. Cadang nak balik Kuantan, hari Ahad lagi tapi dok delay memanjang, Isnin barula dapat balik. Itupun bila matahari dah terpacak atas kepala. 2 hari sebelum raya, ulser kat mulut nie makin membiak dengan jayanya sampaikan langsung tak boleh nak nganga mulut, apatah lagi nak minum air atau makan. Air pun minum guna sudu kecik  sahaja! Sedih tak? Akibat tahan sakit terlalu sangat, aku demam! Kuat sungguh kesan ubat kemo nie....


Bibir dah macam kene suntik botox.. bengkak sangat-sangat. Ulser dalam mulut dan bibir dan macam MRR2.. banyak sangat lingkarannya. Gambar pagi raya tak cun, muka bengkak, bibir bengkak, tak boleh senyum. Paling-paling rasa nak menangis, tak boleh makan rendang, lemang, ketupat, tak boleh nak menikmati soto, dapat hirup kuah pun kira alhamdulillah...


Sepanjang masa pakai 'facemask'. Lantak la apa orang nak kata janji ulser nie tak merebak teruk. Lebih seminggu menahan azab, akhirnya semalam ulser nie baik dengan sendirinya tanpa letak ubat dan hanya pakai facemask. Agaknya kalau aku tak pakai facemask, sah-sah jadi lebih teruk. Semalam, aku dah boleh makan, dah boleh minum, dah boleh nak senyum..
Setakat nie, aku masih kene makan makanan yang lembut, keras-keras nie pun tak boleh sangat. Ulser masih ada walaupun tak teruk macam sebelum nie. 


p/s : dok telan panadol jelah supaya tak sakit..... allahuakbar, dugaan sungguh....





1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...