Thursday, September 8, 2011

Rahsia ungkapan 'AKU TERIMA NIKAHNYA'

Assalamualaikum.. Satu benda yang buat aku tertarik untuk kongsi dengan pembaca sekalian pasal maksud sebenar di sebalik 'Aku terima nikahnya...'

‎"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin RM..."Bunyi mcm sng? Nah ni makna sbnrnya..

Aku tanggung dosa2 si dia dr ibubapanya,apa saja dosa yg si dia buat,dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya,aku tanggung & bkn lg ibubapa si dia..Dan aku tanggung smua dosa bakal anak2 ku,jika gagal maka aku fasik,dayus & aku rela msk neraka & malaikat Zabaniyah melibas bdnku sehingga pecah..

Nahh, hebatkan? Jangan ingat nak pikul tanggungjawab sebagai suami nie senang, jangan fikir dirikan 'masjid' ini satu perkara yang mudah. Lafaz bukan setakat di bibir sahaja. Habis majlis, selesai malam permata, maka jadi suami isteri lah korang. 

Kehidupan alam rumahtangga nie ada masa tak seindah yang kita sangka, ada pasang surut, ada onak dan duri. Agama tu penting, takde agama, pegangan agama tak kuat, goyahlah rumahtangga. Suami umpama akar pokok, selagi dibaja dengan baik, maka akan 'hidup' lah pokok itu dengan subur dan terhasillah buah atau bunga yang molek. Sekiranya tak, maka hancurlah semuanya.

Tepuk dada tanya selera.. Jangan sekadar siapkan duit berpuluh ribu untuk kahwin, untuk hantaran tapi 'bahu' yang bakal memikul tanggungjawab masih lagi tidak sempurna..

p/s : antara sedar dan tak sedar, kita sendiri dok menambah dosa laki kita kan? hmmppfff


4 comments:

Wanita Bertudung Hijau said...

boleh sy dptkan sumber rujukan yg dihighlight?

utk rujukan di masa depan

thanks ye :-)

nurrul azlina said...

mf sy ign th dri sumber mn maksud ini saudari dpt ye? please info me..

nurrul azlina said...

sy pon nk th dr mn saudari dpt maksud 2? please ek info... nk th sgt2..

...mommy jue... said...

sya dapat petikan nie dari rakan di facebook.. dia kata dia dengar ustaz bagi ceramah pasal nie. dia petik dari kata-kata ustaz tu.. ustaz mana? wallahualam... sya cuma tertarik untuk kongsi bersama dengan kawan-kawan.. yang mana pada sya, ada betulnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...