Friday, September 30, 2011

NSK vs Mc Donalds...apa cerita?

Assalamualaikum.. Jam laptop dah pukul 4.33am.. Mata masih lagi dok gagah tercelik. Gara-gara pergi NSK Supermarket kat Jalan Kuchai Lama pukul 12.30am tadi, terus mata nie jadi segar bugar. Dalam pada tak sihat, gagah juga nak berjalan beli barang dapur. Peti ais pun dah lama kosong minta di isi. 


Actually, nie first time aku ke NSK. Buka 24jam pula tu, memang sangat afdal lah untuk orang-orang yang terlalu sibuk untuk bershopping tengah-tengah subuh hari.. Pada aku, sayur-sayur boleh di katakan segar juga lah. Ikan, ayam, seafood pun nampak segar. Dari segi harga tak berani aku nak compare dengan pasaraya lain, ada barang yang murah dan ada yang lebih kurang sama. Buah-buahan pun segar la kalau nak di bandingkan dengan pasaraya lain.
gambar hiasan
Dalam lebih kurang pukul 2.00am, selesai bayar, singgah Mc Donald berdekatan, dok ternak lemak lagi. Melayan si kecik makan sambil aku pun sama makan. Dan yes, lepas selesai dok makan, baru terfikir yang badan nie makin bam-bam. Haishhh...


p/s : camne nak kasi lemak-lemak pecah?



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...