Friday, September 30, 2011

Merajukkah dia?

Assalamualaikum. Sejak aku tak sihat nie, nampak kelainan pada anak aku. Banyak masa dihabiskan sendirian, main sorang-sorang. Ada masa aku rasa bersalah kerana tidak punya banyak masa untuk dia. Keadaan tak mengizinkan untuk aku layan dia macam sebelum nie. Tak ada lain yang aku harap, agar keadaan kesihatan aku pulih seperti sedia kala. Mampu jadi ibu dan isteri yang baik untuk keluarga.



Aku dah selesai kemoterapi cycle 3 dan sekarang masa untuk aku berehat. Dalam keadaan aku di serang radang paru-paru, tak ada lain yang mampu aku buat melainkan rehat sepanjang masa. Bila melangkah kaki masuk rumah, rasa nak je buat semua benda macam dulu. Mop lantai, masak, mendobi dan macam-macam. Tapi aku tak mampu!! Sakit yang tak tertanggung. Hanya Allah yang mengetahui. 

Namun aku bersyukur sebab masih mampu jaga makan pakai anak walaupun tak sempurna mana. Aku masih mampu dan berdaya untuk bangkit uruskan diri sendiri tanpa susahkan sesiapa. Aku redha dengan ketentuan Allah untuk aku.


p/s : Tiada lain yang indah untuk aku melainkan tengok anak tersenyum riang. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...