Thursday, September 8, 2011

Maafkan mommy nakk....aku bersalah

Assalamualaikum. Aku nak share pasal anak aku. Sebenarnya aku ada sedikit rasa menyesal buat kemoterapi nie. Sungguh-sungguh menyesal. Doktor mungkin kata molar nie aktif macam sel kanser dan cepat merebak tapi pada aku, semua nie kerja Allah Ta'ala. Memandangkan beta HCG aku takdelah tinggi mana, pada aku masih ada masa untuk aku memikirikan sama ada nak teruskan atau tangguh dulu. 


Sedih tengok keadaan anak aku sekarang nie, sejak berhenti menyusu badan, dia tak berapa nak minum susu sangat. Aku dah cuba 2 jenis susu tapi sayangnya dia kurang nak minum. Minum air masak pun kurang, keadaan tak sama macam dia menyusu badan dulu. Bab selera makan, memang menjunam lah. Nampak sangat dia susah nak makan sekarang. Aku dah rasa bersalah kat situ. 


Dari segi emosi, sekarang dia kuat mengamuk. 24jam nak berkepit dengan aku, tidur nak peluk, bangun tidur mesti aku ada depan mata kalau tak satu hari dia akan mengamuk. Nak tidur, aku kene ada sama dengan dia, dodoikan dia. Tak kisahlah tidur time bila pun. Kalau dia menangis malam-malam hari tengah tidur tu, takde siapa yang boleh pujuk dia melainkan aku. Sah-sah nak kene peluk jugak.


Siang hari, kalau aku tak teman dia makan, tak teman dia tengok tv memang dia akan mengamuk. Nak duduk atas riba, tak kisahlah macamana sekalipun, mesti nak peluk. Aku layankan juga lah karenah dia sebabkan rasa bersalah yang menebal sangat dalam diri nie. Setahun 6 bulan, dia menyusu badan dan aku pisahkan dia dengan susu badan di saat-saat dia memang tengah perlukan susu untuk diri sendiri.


Memang nie dugaan hebat untuk aku, kenapalah aku bodoh sangat? Kenapa mesti sekarang? Nak menyesal pun tak guna, semua dah terlambat. Di usia setahun 7 bulan, berat badan dia tak sampai 10kg, 9kg pun tak sampai rasanya. Aku betul-betul bersabar dengan karenah dia sekarang nie. Apa je aku sanggup lakukan demi anak aku. Aku yakin yang Amal Khalisah amat memahami keadaan sekarang, walaupun ada masa dia minta untuk menyusu. Bila aku kata tak boleh, dia menangis. Hati ibu mana yang tak remuk?


Moga aku di beri kekuatan untuk menempuh keadaan ini. Demi anak.......



1 comment:

.:hana radzi:. said...

dia masih terlalu kecil utk memahami situasi ibunya..sy tau bkn mudah utk menempuhi semua tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...