Monday, September 12, 2011

Last day for chemo cycle 2

Assalamualaikum.. Syukur pada Allah Ta'ala, semalam hari terakhir kemo cycle 2. Ada 7 hari untuk aku rehat dan sambung cycle 3. Untuk cycle kali nie, aku rasa badan aku seolah tak dapat nak menampung segala drugs2 yang masuk dalam badan nie. Letih, letih dan letih. Selera makan makin berkurang, berat tak turun-turun juga, emosi tak stabil, ulser dan naik semula, pening, loya, tak tahan dengan air sejuk, macam-macam lagi lah. 


Rumah dah macam tongkang pecah, aku hanya kemas mana yang mampu je, selebihnya aku banyak baring dan rehat. Mujurlah anak aku tak banyak ragam. Sekejap datang kat aku, gosok belakang aku, cium pipi dan sambung main semula. Kalau dia tak nampak aku makan, apa yang dia makan dia akan suapkan kat mulut aku. Bila tengok gelagat anak, rasa terubat sikit sakit nie.


p/s : mau tidur puas2..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...