Friday, September 2, 2011

Ini adalah fakta, bukan auta

Assalamualaikum.. FAKTA yang wajib korang tau, setiap kali beraya kat kampung aku, mesti aku tak dapat makan rendang, ketupat dan lain-lain juadah raya. Tahun pertama raya, aku mengandung, sebabkan badan terlalu penat dan jalan yang bengkang bengkok, aku mabuk, muntah-muntah sampai masuk wad. Okey, masuk wad di pagi raya tau! Dah la 1st time raya as a wife, dah tinggal suami terkontang kanting kat tempat baru bagi dia.. dan menu raya aku, ikan masak kicap... Sedih kan?


FAKTA lagi.. tahun nie, giliran aku semula.. Raya tahun ketiga untuk kami, disebabkan ubat kemo nie buatkan aku naik ulser satu mulut, sekali lagi aku tak dapat merasa sedapnya rendang tok ibu. Sedapnya lemang yang adik aku buat.. Sangat sentap, pagi raya hirup kuah soto yang mama masak, geram je nak makan yang lain-lain.. Raya kedua, aku hanya mampu hirup mushroom soup dan makan aiskrim sahaja.. Sedih jugak kan?

p/s : tok ibu kata, kesian.. asal balik sini mesti tak dapat makan tok ibu masak...... nak nangis okeyh!

1 comment:

Noor Adibah Binti A.Latif said...

cian nye kat akak.. sabar ehh.. tahniah tau untuk akak. dapat baby ape kak?? ;)

Selamat Hari raya.. xmo sedih2. tahun depan dapat makan rendak tok mak tu ehh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...