Saturday, September 17, 2011

Dapur tak berasap...murah rezeki

Assalamualaikum.. Burp, alhamdulillah. Sedawa tak agak-agak kan? Hehe, alhamdulillah, rezeki kami anak beranak hari nie dapat makan macam-macam. Tengahari tadi lunch dekat rumah makcik sepupu aku, dekat area Bangi. Mr husband cakap 'alhamdulillah, ada juga saudara sayang kat KL nie ye...' Cis, mendalam sungguh! Kebetulan tok saudara aku baru sampai dari Johor. Rezeki dapat jumpa dia lagi. Thanks kak ita & family menjamu kami dengan lauk yang best-best, satay kajang pun ada sama..


Lepas tu ke Bandar Sri Putra pula, rumah FIL my SIL.. faham? Makan mee kolok. 1st time merasa mee kolok, not bad.. Sedap. Sesuai untuk budak-budak. Lepak tak hengat sebab leka menikmati kek lapis cheese yang lazat. Yes, bertambah lagi lemak-lemak tepu di badan nie. Balik rumah makan pula laksa sarawak, ye muka tak malu minta bungkuskan. Sedap!! Semoga rezeki mereka-mereka yang mengenyangkan perut aku dengan juadah yang enak-enak sentiasa melimpah ruah.... aminnn


Dan sekarang, batuk aku makin menjadi-jadi, badan kembali panas, kepala dah berat. Anak aku pun dah terbungkang kepenatan. Lepas nie selongkar almari cari panadol. 


p/s : ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di petang hari.. habis basah baju aku kat ampaian... hmmmpffff

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...