Monday, September 19, 2011

3rd cycle dah bermula

Assalamualaikum.. Minggu yang penuh dengan dugaan. Hari nie bermula cycle ke 3 kemoterapi aku setelah 7 hari stop rehat. Seminggu rehat, memang betul-betul rehat. Rehat masak dan segalanya. Rumah dapat kemas sikit-sikit, mana yang mampu. Kali nie ulser tak seteruk sebelumnya cuma demam, batuk, sakit kepala yang melampau. 


Hari nie lepas injection, keadaan lagi teruk dari sebelum. Aku mula rasa mual, nak muntah, demam dan sakit-sakit badan yang amat. Aku rasa, aku tak berdaya nak jaga anak seorang diri. Rasanya untuk cycle ke tiga nie harus menumpang kasih di rumah mertua. At least, ada orang tolong tengokkan anak masa aku rehat.


Aku tak dapat fikir apa lagi nak mengarut dalam blog nie. Nanti ada masa aku update story lagi ye. Thanks to all readers, followers... Love u ollss....


p/s : doakan aku cepat sihat ye, tak sabar nak buat GA terbaru...



3 comments:

NURUL AINI NORAZMAN said...

cepat sembuh ye sis,.=) amin

fieda said...

semoga cepat sembuh..

LiErOSe~QiEmi said...

moge semuanye kembali ok macam dulu jun... take care k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...