Monday, September 26, 2011

3 hari lagi... yeay!!

Assalamualaikum.. Lagi 3 hari nak habis cycle 3.. 1 kali mtx dan 2 kali folinic asid. Aku harap lepas nie takde dah kemo untuk aku. Aku harap, lepas habis cycle ke 3, dalam tempoh rehat seminggu nie, keadaan kesihatan aku bertambah baik. Sekarang nie batuk makin menjadi-jadi. Tiap-tiap malam muntah kahak. 


Semua nie dugaan untuk aku. Allah nak uji sejauh mana keredhaan dan kesabaran aku terhadap ujian dari Nya. Aku bersyukur, sekurang-kurangnya dugaan yang Allah bagi nie ringan jika nak dibandingkan dengan orang lain. Kalau aku rasa aku susah, ramai lagi orang yang susah. 


p/s : sesungguhnya sakit itu penghapus dosa dan memberi kesedaran pada orang sekeliling kita..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...