Tuesday, August 23, 2011

Warna tema baju raya tahun nie

Assalamualaikum.. Lagi beberapa hari je nak raya kan. Orang semua dah shopping baju raya, aku nie last minit nanti baru la terkial-kial nak cari baju kurung yang baru. Balik Kuantan baru nie, mama ada bagi 4 pasang baju kurung. Baju yang dah pakai. Itu perkara biasa, baju turun temurun nie memang selalu ada, dapat kat aku memandangkan saiz dan ketinggian kami lebih kurang je. Kakak ipar aku pun sama, ada bagi baju 3 pasang. Time nak raya la nak kene clearkan almari.. hehe.. Thanks a lot mama dan kak ct. Alhamdulillah...


Aku nie bukan spesis yang cerewet sangat sampai tak nak pakai baju orang. Baju bukannya teruk, bukannya dah koyak atau buruk. Masih baru lagi. So, pakai je lah kan. Menambah lagi koleksi baju kurung dalam almari aku nanti. Baru-baru nie saje cuci mata kat Ampang Point, kononnya nak cari baju kurung si kecik nie. Dengan keadaan sesak, ramai orang dan sempit, aku dah jadi rimas. Tak suka sungguh keadaan macam nie, yelah.. dengan bawa anak lagi dalam buggy. Tak ke terkial-kial nak jalan?


Nak cari baju kurung budak memang la senang, tapi nak cari saiz dia nie payah la sangat. Aku rasa kat KL nie belum lagi aku jumpa saiz baju kurung untuk budak besar anak aku (anak aku nie sedikit kemetot) Kalau kat Kuantan memang banyak. Jenuhla aku nak mencari baju anak dan suami weekend nie. Pitamm..


Hah, apa tema korang tahun nie? Aku kalau ikutkan family aku, sah-sah pakai warna kelabu. Aku nie pun sama naik nak cari warna kelabu jugak... Memandangkan tahun nie beraya kat belah aku, sah-sah nak pakai berdondon-dondon gitu. Harap-harap adalahhh...


sumber : google


p/s : memandangkan merdeka sama dgn raya, apa kata pakai baju kurung 1 Malaysia? Sangat patriotik takkk aku? cesssss

2 comments:

Tina Othman said...

selamat hari raya jue

Ulam Kerdas said...

junnn..tema raya kite same laa...hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...