Thursday, August 25, 2011

Ulser yang semakin agresif

Assalamualaikum.. Dari malam tadi aku memang tak dapat nak tidur dengan lena. Gusi sakit sangat, bisa, bengkak, adakala berdarah. Bukan satu dua tempat, tapi semuanya. Dalam mulut aku nie dah macam kawasan penternakan ulser. Merata ada ulser. Nak cakap susah, nak makan pun susah. Kadang-kadang paksa diri makan sebab nak alas perut. Minum air masak, nak bagi hilang panas badan. Makan aiskrim, nak sejukkan dalam mulut. Siapa tahan kalau ulser banyak sangat? Aku rasa bagai semua gigi dalam mulut aku nak gugur... Ini semua kesan dari ubat kemo yang aku ambil tu.... 


*ehsan, google*

Hari nie hari terakhir kemoterapi untuk cycle 1.. Esok just amik Folinic Acid je. Sempat jumpa doktor pakar untuk arrangement cycle 2 pada 2hb Sept nanti. Tak sia-sia jumpa doktor, dapat juga aku bonjela FREE. Kalau tak, tak pasal kene keluar duit. 

p/s : Erkkks, bonjela bukanlah sesuatu yang melazatkan... tak sedappp langsung weh!! 

3 comments:

CintaZulaikha said...

tak suka ulser, lebey lagi yg kat tekak tuh. nak teguk air pon rasa pedih sgt2..

sian ngn mommy, mga cpat chat k..bukn apa, risau mommy tak dpt makan rendang..kekeke

Fitri Senin said...

try ltk marjerin..kalo garam tu ekstrem sgt.my doktor slalu advise letak garam sbb dia ckp cepat baik.i pun xsuka bonjela.i rela letak merjerin

- HaSz - said...

try gune oral aid..ade org suggestkan..lagi elok dari bonjela :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...