Thursday, August 11, 2011

Tidur lah nakkkk...

Assalamualaikum. Kalau ikutkan mata nie harus letak batang mancis supaya tak tertutup. Mengantuk yang tak boleh di bawa berunding. Esok ada appointment dengan O&G Hospital Ampang untuk kali yang ke berapa ntah, aku pun tak tau. Ye, tiap-tiap minggu macam nie lah rutin aku. Seminggu tak jejak kaki kat sana, tak sah, tak lengkap hidup nie. Mengalahkan masa mengandung dulu. Haishhh..


Dan seharusnya aku dapat tidur yang secukupnya kan? Hah, jangan nak mimpi dapat tidur lena di buai mimpi indah, mimpi dapat melancong ke Paris ke apa bagai, kalau ada anak kecil, korang baru nak berdengkur, dah di kejutnya. And, at this point of time 2:09am, si kecik nie tengah dok melayan Mickey Mouse Clubhouse.. Mata segar bugar, dok dancing-dancing dengan Mickey tikut telinga besar  sambil tangan pegang roti. Seronok ye nakkk.


Dan aku, kul 4.00am kang dah nak kene bangun, sediakan apa yang patut untuk bersahur. Sah-sah aku tak boleh tidur masa nie, harus tak sedar. 




p/s : seronok kalau jadi budak, asal mengantuk boleh tidur ikut suka. heaven dapat tidur dalam stroller...... hmpfff....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...