Tuesday, August 16, 2011

Rindu anak....

Assalamualaikum... Sedih sangat tadi bila call husband, dengar anak menangis. Rasa lambat je masa berlalu, tak sabar nak balik rumah, nak kiss n big hug buah hati mommy sorang tu. Aduhai, terasa macam jarum jam kat wad nie tak berfungsi, slow, slow, slow je geraknya. Orang lain tengah syok tidur, aku dok online. Mata tak dapat nak lelap. Lagipun hari nie dah puas sangat dah aku tidur. Makan, tidur, makan, tidur, makan, tidur. Ye, kantoi di situ yang aku tak puasa. Jenuh la nak mengganti nanti... hmmppfff..

miss my baby

Aku nak balik rumah, nak peluk cium anak. Rindu hati nie Allah je yang tahu. Tak tertanggung rasanya. Bila tengok anak, badan sakit pun boleh jadi sihat. Itulah terapi yang paling mujarab buat aku. Kita jadi kuat demi anak, kita jadi sihat, untuk anak. Anaklah segalanya....


p/s : bulan puasa dok kat hospital, takdelah takut sangat.... huhuhuhu....

3 comments:

CintaZulaikha said...

yehhhh, sokong apa yg akak cakap..windu pada anak mengatasi segalanya..

Fitri Senin said...

salam akak..semoga cepat sembuh. blh balik rumah peluk anak dan buat persiapan raya

Nur Husna Rosli said...

sabor je la kak... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...