Friday, August 26, 2011

Resepi ketupat sotong

Assalamualaikum


Hah, haritu aku ada buat entry pasal ketupat sotong nie
memang sengaja aku post pasal entry nie kat facebook sebab nak bagi adik aku dengki
Keji kan? Actually, adik dengan mak aku memang nak makan sangat ketupat sotong resepi arwah nenek aku. Makanya aku rasa, raya nie aku kene la masak ketupat sotong atas permintaan diorang. Ok, pada sesiapa yang terliur dan nak cuba resepi baru, bolehla mencuba resepi nie yek.. Bahan-bahannya simple dan mudah sangat..

Bahan-bahan :
Sotong (jangan beli sotong kecik ok)
Beras pulut (basuh dan toskan)
Lidi pencungkil gigi
Bawang merah
Halia
Halba
Santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :
Basuh sotong sehingga bersih (aku tak buang kulit)
Masukkan beras pulut separuh dari sotong
(jangan letak penuh, nanti tak masak plak pulut tu)
Cucuk dengan pencungkil gigi (takmo pulut keluar)
Masukkan dalam periuk, masukkan santan, bawang, halia dan halba
Masukkan garam dan sedikit gula
Biarkan masak...

Hah, senang kan?

Selamat mencuba!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...