Thursday, August 11, 2011

Raya, kereta dan handfon baru

Assalamualaikum.. Huish, kalau nak dihitung, memang boleh pening tau. Raya, kereta ngan handfon. Ye, time-time macam nie lah handfon nak rosak tapi takpe, itu boleh ditangguhkan lagi. Pakai jela apa yang ada. 


Baju raya nak kene beli, sediakan duit raya, kuih raya, macam-macam lagi. Penting jugak kan? Aku rasa dah tua-tua cenggini, dah berkeluarga dan single income dan TANPA BONUS SEPARUH GAJI, soal beraya sakan terpaksa tolak tepi. Keutamaan harus di beri pada anak. Saat-saat getir macam nie, memang kene jimat habis-habisan supaya sampai masa takde makan serdak kuih raya. Takde baju baru pun still boleh raya lagi kan? Still boleh makan rendang ketupat bagai. So, semua tu tak berapa nak penting.


Kereta, tiap kali raya nak pakai kereta baru. Owh, no..no..no.. Itu bukan aku. Apa yang ada nie pun dah syukur Alhamdulillah. Nak balik kampung, nak travel jauh, kereta memang nak kene servis. Bukan satu, tapi dua kereta nak kene servis. Aku pun tak nak tambahkan sesak atas jalan nanti time balik kampung, dengan jalan sesak, time tu jugakla kereta nak rosak. Memang la kene maki hamun kan sebab jadi salah satu penyumbang kesesakan jalanraya. Nauzubillah. 


Nak tak nak, harus diberi keutamaan pada kereta, tak servis kereta tak dapat balik kampung. Lagi sedihhh.. Nyawa lagi harus diutamakan. Baju raya ke apa bagai, cukuplah pakai apa yang ada. Beli banyak-banyak pun ntah bila mana nak pakai, aku bukan kerja pun.


p/s : korang camne? shopping sakan ke?



1 comment:

Fitri Senin said...

xdela kak nak shopping sakan.byk lagi benda nak pakai duit.btl la dengan nak servis ketenya,dengan nak bg duit rayanya..baju tu sekadar ala kadar je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...