Tuesday, August 2, 2011

PARAM oh PARAM.. menyedihkan

Assalamualaikum.. Orang nak berniaga, dia pun nak berniaga sama. Orang nak untung, dia pun ikut nak untung jugak. Tanpa pedulikan kualiti makanan dan sebagainya. Pergi pasar ramadhan memang best, mata di jamu dengan pelbagai juadah yang buat korang meleleh air liur tang tu jugak. Jari mula la dok tunjuk tu, tunjuk nie, apa yang nak beli. Sampai rumah, penuh satu meja. Nafsu lapar menguasai diri.

Azan je, terus telan air soya yang so-so, makan agar-agar yang buat aku rasa nak termuntah! Keras, berhampas, dan tawar giler!! (Agar-agar santan yang sepatutnya lemak, manis-manis sikit dan jugak ada la rasa telur dan pandan...) Dah la harga sepotong RM0.50.. tak pasal aku dok menyumpah. Kot ye pun puasa, jangan la aniaya orang macam tu sekali...


Cakap banyak pun tak guna, pada aku, aku takut dah nak masuk bazar ramadhan walaupun tadi suami yang belikan. Takmo membazir duit dengan benda yang betul-betul akan ke tong sampah tempatnya..... humppffff..


Berniaga-berniaga jugak, jangan pentingkan keuntungan semata hingga orang lain dapat dosa dok mencaci hidangan ko... 




p/s : korang makan apa? aku goreng bihun je cik jahhhhh.. cukuplah untuk bertiga...

2 comments:

Fitri Senin said...

Sgt setuju. Kdg2 sedey g PARAM sbb rs kena tipu je slalu

Ulam Kerdas said...

tul tu Junn. Bukan kat sane je weyh, aku kat kemaman ni pun sama. Beli buah melaka, bile time berbuka, kelapa nye dah masam + xder gula melaka pun kat dalam tu, donat keras giler dan macam2 la. sudahnye aku tny laki aku nak mkn ape, aku rela buat. Puas hati skit kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...