Saturday, August 6, 2011

Nasi kerabu pilihan hati

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, kenyang perut nie. Se'eh sangat dah rasanya. Penuh dengan air dan makanan. Korang buka makan apa arinie? Untuk pertama kali dalam hidup, aku buat nasi kerabu sorang-sorang. Dulu, tolong-tolong arwah nenek je, tapi sekarang, kena la buat sendiri. 


Setakat berdua, beli je kan mudah, tak payah penat-penat. Owh, nikmatnya lain. Rasanya juga lain. Resepi arwah nenek memang tak dapat kat mana-mana. Masa berbuka tadi, suap je dalam mulut, air mata pun nak mengalir. Betapa rindunya aku pada nasi kerabu nie. Walaupun yang arwah nenek masak lagi power, cukupla masakan aku yang tak seberapa jadi pengubat rindu. Lepas la untuk kami bertiga malam nie.


Seronok tengok encik suami makan, bertambah-tambah. Selera nampaknya... Katanya, lain kali buat lagi ye.. Alhamdulillah, percubaan pertama berjaya.


p/s : nasi kerabu, ayam goreng madu, kurma, jus koktel dan buah tembikai susu. Alhamdulillah, rezeki kami hari nie..
p/s/s : maaf ye, takde gambar nak letak. tak sempat nak snap. semua dah masuk perut, baru teringat.....

2 comments:

Farah Shamsudin said...

waaa.. terror akak buat..

.:hana radzi:. said...

waa...terliur nieh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...