Saturday, August 6, 2011

La Tahzan...jangan bersedih

Assalamualaikum. Aku rasa kehidupan manusia nie bermusim. Bila mana musim kahwin, ramai yang kahwin, bertunang pun macam tu. Time beranak, ramai la perkhabaran sampai ke telinga aku yang si polan dan si polan selamat melahirkan anak. Alhamdulillah, bertambah umat Nabi Muhammad. 


Perceraian, putus tunang, bukanlah satu perkara yang mudah dihadapi. Memang menyedihkan dan terpaksa berhadapan dengan kata nista masyarakat. Aku pernah lalui saat-saat putus tunang, memang bukan satu benda yang membahagiakan dan mampu buat aku melonjak gembira umpama dapat gula-gula dari ayah. Bohong kalau air mata nie segan nak mengalir, bohong juga kalau mata aku tak macam panda.


Tak semua benda ada depan kita tu indah, tak semua yang kita hajati akan tercapai, kuasa bukan ada kita, Allah tentukan segala. Kalau dah tertulis di lohmahfuz yang dia jodoh kita, maka jadilah. Sekiranya tidak, usahlah bersedih. Redha lah. Sesungguhnya ada yang lebih baik sedang menanti.. Hati kene kuat, tabah, cekal. Jangan mudah patah semangat. Apa orang sekeliling kata, persetankan ia. Mulut manusia memang macam tu, susah kita nak tutup. 



Apapun yang berlaku, hadapi dengan senyuman. 


p/s : pasnie naik la 'saham' KFCM & Ally Iskandarr.. Gugurl kat luar sana, diorang dah AVAILABLE.. peace yo!! 

2 comments:

Farah Shamsudin said...

Itulaa kak.. bermusim kan.. sedih juga bila dengar berita begini.. Tapi kalau memang dia jodoh kita, insyaAllah akan bersatu juga kan..:)
Ada hikmahnya setiap apa yang telah berlaku ni..

Fitri Senin said...

Kfcm dh x available kak. Blh bc blog cik epal. Dh pgg tgn dahlia teck

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...