Tuesday, August 16, 2011

Keadaan ini menginsafkan aku

Assalamualaikum.. Bila mana kita berada dalam kelompok manusia yang sedang sakit, keadaan akan berubah. Terasa bersyukurnya kita masih lagi dikurniakan kesihatan yang lebih baik berbanding mereka-mereka nie. Suara tangisan, suara rengekan menahan sakit, sering memecahkan suasana. Fibroid, kanser, keguguran, macam-macam lagi. Lebih sedih apabila rahim terpaksa di buang. Lebih sedih bila mana kandungan gagal diselamatkan - keguguran sedangkan inilah anak yang diharap akan jadi peneman kala sunyi. Bertahun kahwin tapi belum ada rezeki untuk mengandung normal seperti orang lain.


Bila aku fikir balik, bukan mudah jadi perempuan nie. Banyak sangat dugaan yang Allah bagi. Aku rasa, ada benar kata-kata orang bahawa, perempuan nie lebih tabah, lebih kuat dari insan bernama lelaki. Kan? Lelaki, hargailah wanita di sekeliling, Ibu dan isteri. Dari rahim ibu, terjadinya kamu dan dari rahim isteri, terjadinya zuriat kamu.............

2 comments:

~CiK TiNieY~ said...

bila sakit tandanya Allah sayang kita...:)

S.U.F.E.E.N.A.N said...

Salam mummyjue,

Bule tau sakit apa..?Moga Allah segera sembuhkan sakit itu..ameen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...