Saturday, August 20, 2011

Inhaler umpama IC

Assalamualaikum.. 


Aku : Abang, nak hp.. nak amik gambar..

Aku tak payah bagitau kenapa, suami awal-awal dah sedia maklum yang isterinya nie memang akan ambil gambar sebab nak upload dalam blog. Aku jarang kene asma, tapi awal-awal doktor dah bagitau, kesan ubat kemo nie akan buat aku lebih 'RAPAT' dengan asma. So, at this point of time, terpaksa lah aku berkawan dengan inhaler. 

sumber : google

Sepanjang aku hidup, dan berpenyakit asma, ini lah pertama kali aku kene bawa ke hulu ke hilir benda alah nie. Dah macam IC pulak dah. Terus terang aku memang tak pandai nak pakai benda nie. Aku tak taula macamana nak sedut inhaler nie. Hadoi, dah jadi satu beban pulak buat aku.... haishh.

p/s : bila semput cenggini, teringat pulak semanis kurma versi sepah.... haaaaaa...~~



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...