Thursday, August 4, 2011

Entry tanpa gambar...kenyang

Assalamualaikum.. Orang lain dok post gambar menu buka puasa, sedap-sedap tengok masakan diorang. Aku? Masak sendiri jugak. Takmo tambah dosa mengutuk masakan orang lain yang begitu menghampakan. Biarpun sekadar masak untuk 3 orang, lebih berbaloi dari beli kat bazar. 


Alhamdulillah, rezeki hari nie. Roti jala, serawa durian, sup ayam, kailan goreng dan nasi putih. Air? Untuk pertama kalinya aku buat sendiri air mata kucing. Memang syokkk dan sangat puas hati.. Kalau beli, sah-sah tak puas minum dan belum tentu kena dengan selera kita.


Lauk nie jugakla akan bawa ke sahur, maka tiada pembaziran.. Alhamdulillah.. ok, nak masuk tidur awal malam nie. Esok lepas sahur, kene bersiap untuk ke Hospital Ampang sekali lagi... ZzZzZz....


p/s : seronok tengok anak makan roti jala cicah serawa durian.. alahai nakk, sejuk hati mommy.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...