Thursday, August 4, 2011

Dugaan Ramadhan

Assalamualaikum... Ya Allah, khamis yang penuh dengan dugaan. Memang betul kesabaran ku kini di uji kembali. Dah la subuh tadi tak sempat sahur, aku pula sakit perut. Memulas-mulas. Menahan jela, nak buat macamana. Kebetulan hari nie aku ada appointment kat hospital Ampang macam biasa, awal pagi amik darah, tengahari jumpa pakar.


Melangkah ke Hospital dengan penuh harapan yang beta HCG turun ke paras normal. Sampai-sampai, doktor pandang semacam, masuk bilik scan, scan ikut atas ngan bawah. Ye, puasa aku dah batal hari nie!! Urine test pun dah buat tapi negative.. Kenapa aku kene buat semua tu?? Jawapannya... Beta HCG aku meningkat dari 11.28 ke 4962.00.


Gila kentang tak?? Maunya aku tak rasa macam nak pengsan tadi. Allah je yang tau macamana perasaan masa tu. Bukan sikit-sikit naiknya... Mendadak. Sedangkan result yang 11.28 tu baru minggu lepas amik. Arghh, sumpah aku takut!


Dalam kepala otak dok fikir macamana la nanti, dah la nak raya.. Takmo la kene chemoterapi. Bukan masalah kecik nie......


p/s : otak aku tengah buntu... sangat-sangat....

1 comment:

zura_habib said...

semoga bacaan tu akan turun ye julie..sabar byk2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...