Monday, August 15, 2011

Day 1st @ Hospital Ampang...rindu anak

Assalamualaikum.. Hari pertama kat Hospital Ampang, rindu sangat pada anak. Malam nie tak tau la macamana nak tidur tanpa dia di sisi. Nie la akibat kalau tak pernah berenggang. Hmmpff, jiwa kosong. Sunyi tanpa Amal Khalisah. Pagi tadi sebelum aku ke hospital, awal-awal lagi dah pesan kat dia minta dia behave, minta dia faham keadaan aku dan Alhamdulillah dia faham sangat-sangat. 


tanganku bengkak kah?

InsyaAllah kalau di izin Allah, esok bermulalah sesi pertama kemoterapi. Redha jelah atas apa dugaan yang Allah berikan nie. Mood raya memang dah hilang. 10 hari kemo - rest 7 hari - sambung lagi 10 hari dan begitulah seterusnya hingga baik. Kali nie betul-betul diri ini di uji. Aku rasa inilah dugaan yang berat Allah berikan buat aku sekeluarga.


p/s : Mujurlah dapat juga beraya, kalau tak sah-sah aku meraung dah kat hospital nie hah....

1 comment:

selatan79 said...

sabar yer...
ALlah tidak akan menguji seseorang hambaNya itu melebihi kemampuannya...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...