Monday, August 22, 2011

Counting days..sedihnya

Assalamualaikum... Lagi beberapa hari nak berakhir kemoterapi cycle 1. Tak sabar nak rehat, tak payah berulang ke hospital. Dapat rest 7 hari tu pun dah cukup syukur sangat. Boleh la nak legakan segala sistem dalam badan nie, nak puasa, nak restkan kulit-kulit yang 'berkawan' dengan jarum setiap hari. Persiapan raya pun takde lagi.


Ramadhan kali nie betul-betul buat aku sedih. Sedih tak dapat puasa penuh, sedih sebab keadaan tak mengizinkan untuk aku beribadat lebih. Sedih sebab tak dapat nak katamkan 30juzuk al-quran. Bila mengenangkan beberapa hari je lagi nak raya, serius aku bertambah sedih. Dapatkah aku jumpa ramadhan lagi lepas nie? 


p/s : Harap-harap ini bukan ramadhan terakhir buat aku...

4 comments:

TuYa said...

salam..
sabar dan banyak berdoa,semoga semua ni ada hikmahnya satu hari nnti..

simanis said...

salam kenal...

sedihnya hati saya membaca entry awak...banyak banyak bersabar...

kuatkan hati, ingatkan Tuhan...ingat juga semua yang disayangi...

semoga awak tabah...

http://www.syima.com/

Mia Liana said...

sabar ya.. mana tahu ada hikmah disebalik semua ni...

semoga tabah menghadapi kehidupan ini.... dan semoga dapat sembuh sepenuhnya...

Farah Shamsudin said...

Sabar ye kak.. InsyaAllah akak akan pulih sepenuhnyaaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...