Tuesday, August 23, 2011

Chapter 1 : kemoterapi day 3 & 4 (methotrexate)

Assalamualaikum.. Aku rasa tempat kene inject tu dah naik bengkak. Aku nie spesis 'kalah' sket dengan jarum. Mulalah kulit tu naik gatal-gatal dan tinggalkan parut. Mujur dah kawin, kalau tak terpaksa discount duit hantaran. hehehe..

Bila dah selalu sangat ubat kemo nie masuk dalam badan, mula la rasa lain macam. Aku dah start rasa penat sangat. Tak boleh nak berdiri lama, kaki lenguh, kepala pening, panas badan dan rasa perit dan kering dalam mulut nie hah. Selain dari masalah kat 'bilik termenung' tu lagi, bertambah seksa rasanya.

Dalam mulut dan gusi dah naik ulser, gusi bengkak dan ada certain part yang berdarah. Memang kene minum banyak air dalam tempoh kemo nie. Aku harap-harap sangat yang aku akan cergas bila dah selesai cycle pertama nie. Nak beraya pulakkk nie hah..

p/s : Sesungguhnya aku di uji.....

1 comment:

NURUL AINI NORAZMAN said...

HAi,.aini baru 1st time jengok blog ni.=)

kemo?? Awak sakit apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...