Thursday, August 18, 2011

Chapter 1 : kemoterapi day 2 (methotrexate)

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, selesai hari kedua kemoterapi. Walaupun sekadar satu injection je tapi kesannya berganda dari kelmarin. Kepala jadi pening, badan rasa gatal-gatal. Suara dah nak serak-serak basah, tekak sedia kering dan rasa pahit je. Selera makan pun berkurang. Kenyang semacam. Minum air je la yang harusnya sebab panas sangat kat dalam nie. Ada masa rasa panas kat kepala, ada masa kat tempat lain. Aku pun tak faham. Loya, nak muntah, itu adalah simptom normal.


Makin lama, makin rasa lemah sikit badan nie, lenguh sana sini. Harap-harap aku kuat menjalani aktiviti harian. Alhamdulillah setakat ini masih mampu jaga anak, masak untuk family. Tambahan pula sekarang nie aku dok berkampung dekat rumah mertua. Ada juga la yang tolong melayan karenah si kecik Amal Khalisah nie masa aku penat dan rehat.


oklah, sambung cerita lain kali. Tak dapat nak update blog selalu, guna laptop pinjam cenggini lahh..... 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...