Monday, July 25, 2011

Tak lama je lagi......hiba, sayu, macam-macam ada

Assalamualaikum. Tak lama je lagi kita, umat Islam akan menunaikan ibadah puasa. Sekejap je kan? Bohonglah kalau aku kata, sedikit pun tiada perasaan teruja nak puasa. Haruslah semangat berkobar-kobar nak puasa. Tapi setiap kali tiba bulan puasa, hati nie jadi sayu, jadi hiba, sedih, macam-macam lagi lah. Suasana tak sama macam dulu, satu ketika bila arwah atuk dan nenek masih ada, malam-malam lepas berbuka, bonceng motor dengan atuk, ke surau menunaikan solat terawih. Bila tiba hari raya, sibuk kat luar pasang pelita. 


Rindu akan masakan istimewa arwah nenek setiap kali ramadhan menjelma. Sekarang nie, setiap kali rindu, al-fatihah je yang mampu aku sedekahkan. Hidup mesti diteruskan apatah lagi sekarang nie aku sudah bergelar isteri dan punya keluarga yang besar. Dapat merasa suasana yang baru dalam hidup berkeluarga. Tugas-tugas memasak, kini beralih arah. Fikir menu untuk berbuka, menu untuk sahur. Syukur Alhamdulillah, aku di beri peluang untuk merasa semua ini...


Semoga ramadhan yang bakal tiba ini memberi seribu keinsafan buat kita semua dan menjadi titik perubahan untuk kita jadi insan yang lebih baik.. mudah-mudahan.. 


p/s : setiap yang hidup pasti akan mati dan kematian itu sesuatu yang pasti...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...