Friday, July 22, 2011

Seni dinding...pitamm mommy

Assalamualaikum. Aku nie dok menyewa, kalau boleh taknak la dinding 'tercemar' dengan sebarang anasir yang tak di ingini. Mektok sorang nie, dengan tenangnya menurunkan 'tandatangan' pertama di dinding ruang tamu. Dengan pen biru plak tu! Ye, pen tu dah berkurun takde dakwat. Aku memang selalu bagi dia main sebab memang dah takde dakwat. Tak sangka pulak berfungsi dengan jayanya di dinding nie...

nampak tak hasil contengan tu?

Hadoilahhh nakkk oiiii, jenuhla mommy nak menyental. Ruang tamu pulak tu. Memang lepas nie aku tampal wallpaper KERTAS MAJONG lah kat dinding rumah. Takde la susah hati anak nak menyonteng pun..... haishhh....

kalau dah gini dia buat muka, nak marah pun tak sampai hati weh

p/s : ada anak cengginilahh, janganla dok mimpi rumah nak cantik bagai.




1 comment:

oshin-jamel said...

hehehhehe.....bg buku 1 kat die..bia die conteng dlm buku..heheh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...