Thursday, July 28, 2011

Semangat harimau malaya... Malaysia boleh!

Assalamualaikum.. Sana sini orang sibuk cakap pasal bola. Masing-masing mengharapkan pasukan harimau malaya mencipta satu kemenangan malam nie menentang singapura. Kalau aku, mungkin sedikit tertekan di situ. Yelah, harapan segunung rakyat Malaysia mengharapkan suatu keajaiban malam nie. Semangat harimau malaya! 



Sedikit terharu melihat perpaduan semua rakyat Malaysia, pada aku hanya BOLA YANG BOLEH MENYATUKAN SEMUA PIHAK tanpa ada perbalahan. Di sini kita bersatu, di sini kita sama-sama berganding bahu, seolah-olah perlawanan bola sepak ini macam satu perperangan. Sungguh aku kagum dengan semangat itu. Dan aku harap semangat nie bukan habis di sini sahaja. Sama-samalah kita terus kekalkan semangat perpaduan, elakkan persengketaan demi keamanan Malaysia.


Aku pasti pasukan bola sepak Malaysia akan berikan satu persembahan yang terbaik malam nie. Sekiranya rezeki berpihak pada kita, Alhamdulillah.. Sekiranya tidak, jangan lah kita menunding jari menyalahkan mereka, sesungguhnya mereka dah cuba sedaya upaya yang termampu....


p/s : agak-agak kalau Malaysia menang, esok cuti tak? kekekeke.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...