Thursday, July 21, 2011

Sea water Spray untuk resdung

Assalamualaikum.. Rasanya dah lama aku tak update blog, tak jengah blog sangat. Mood memang hanyut, sakit kepala nak mengadap laptop lama-lama. Punca? Resdung yang teruk. Sakit, Allah je yang tahu macamana sakitnya. Susah nak bernafas, hidung seakan tersumbat, hilang deria bau untuk seketika.


Masa aku dalam pantang dulu, doktor pakar ENT ada bagi satu spray nie, untuk blocked nose. Seawater spray. Sungguh, memang mujarab. Spray kat dua-dua belah lubang hidung, dalam masa beberapa minit je, korang akan rasa segala lendir keluar ikut hidung. Yang mana turun kot tekak tu pun ada jugak! Jangan korang telan dah la, sila ludahkan. 


rasa memang masin, air laut kan..haruslah masin

Mula-mula spray tu memang akan rasa tak selesa. Tapi hasilnya memang memukau dan memberangsangkan. Dari aku dok telan ubat resdung segala bagai, ada baiknya aku pakai benda alah nie. lagi senang dan selamat. 

p/s : Kot-kot ada yang berminat dengan benda nie, rasanya ada jual kat farmasi kot. Aku tak pasti berapa harganya. 


2 comments:

imnabila said...

bgus ni.. hehe.. sy on ad resdung.. n pernah gk hilang deria bau.. panik woo time xleh bau tu.. hahah..

armouris said...

lagi info tentang resdung di SIHAT SELALU - Komplikasi dan Tanda Resdung (Sinusitis)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...