Friday, July 29, 2011

Jumaat nan indah..jangan frust ye

Assalamualaikum.. Indahnya pagi Jumaat, penghulu segala hari. Redup, titis hujan membasahi bumi Allah. Tenang je rasa. Alhamdulillah aku masih di beri peluang untuk merasai nikmat Allah. Syukur sangat. 


Malam tadi siapa layan bola angkat tangan!! Rata-rata semua tengok kan Malaysia vs Singapura. Aku rasa bagai nak luruh jantung nie tau. Lebih seram dari tengok cite hantu. Takpelah, walaupun kalah tapi pada aku kita menang. Main kat padang sendiri dan rata-rata penyokong kita memenuhi stadium. Menang sebab semua pemain kita, semua rakyat Malaysia. Kita lebih percaya pada 'jenama' sendiri dari 'jenama' luar.


Masing-masing ada kelebihan, cuma tang lakonan tu memang harus aku bagi TERBAIKK untuk pemain Singapura. Alahai, korang memang lembik atau buat-buat lembik? Suka sangat agaknya guling-guling kat padang Malaysia nie kot. Selesa kot..


p/s : kasut buatan GOMBAK kan bagus.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...