Sunday, July 10, 2011

Hapuslah air mata mu......mommy jangan nangis

Assalamualaiku.. Aku rasa anak aku faham akan keresahan hati nie. Kadang kala emosi terganggu, ada masa air mata nie jatuh juga. Aku cuma manusia biasa. Menghitung hari menanti detik itu. Soal emosi, hanya Allah je yang tau. Ada masa aku kalah juga. Ada masa aku kuat. 


Setiap kali air mata nie gugur, pasti Amal Khalisah ada depan mata. Muka yang tadinya ceria, tiba-tiba berubah wajah, turut sama mendung sama macam aku. "Abu..Apa?" Itu yang keluar dari mulut dia.. Aku sedar, dia ambil berat akan aku dan seakan faham situasi yang berlaku. 


Jari jemari kecil mengesat air mata nie. Mulut comel mencium mulut aku. Tangan kecil, peluk aku erat-erat. Ada masa turut menangis sama. Owh, dia lah penguat semagat aku. Dialah pembakar semangat aku. 



Ya Allah, kuatkanlah semangat ku demi Wan Amal Khalisah.....aminn
Isnin.. semoga ada berita gembira untuk kami sekeluarga......

p/s : bila la nak baik batuk ngan selsema nie....

5 comments:

Farah Shamsudin said...

sabar ye sis.. tabahkanlah hatimu..

fadhdeela said...

sabar ye kak...jgn nngs2! cian kat Amal Khalisah.. :)

Fitri Senin said...

semoga awak kuat semangat dan cekal kan hati. Ramai yang doakan kesejahteraan awak.. :D

zura_habib said...

kuatkan semangat julie..doa aku sentiasa utk kau...

ibu khalish said...

jun..sianye kt amal..kuatkan semangat ye..setiap yg blaku mgkin ada hikmahnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...