Friday, July 1, 2011

Debaran kian terasa

Assalamualaikum.. Mata mengantuk, tak cukup tidur.. Semalam si kecik nie demam panas. Suhu badannya cecah 40. Bagi ubat pun tak kurang. So alang-alang aku dah kat hospital, maka daddynya terus bawa ke kecemasan. Risau akan keadaan si kecik nie yang bernafas tercungap-cungap. Alhamdulillah, paru-paru dan jantung ok. Cuma suhu badan yang terlalu tinggi buat dia bernafas laju. Sudahnya, masuk ubat kot monttooott, untuk cepatkan suhu badan turun. 


Oleh kerana mommynya jenis malas nak tunggu lama dan nak elakkan dari sakit anak bertambah-tambah teruk, maka angkat kaki ke Klinik biasa. Klinik Azizah. Owh, ini memang klinik yang wajib kami kunjungi kalau demam..


Doktor kata suhu badan dia naik mendadak tak turun-turun di sebabkan kedua-dua tonsilnya membengkak. Berbekalkan ubat demam, ubat cucuk montot dengan antibiotik, harap-harap Amal Khalisah cepat sembuh. Semalam dia hanya banyak minum susu je, taknak minum air, tak nak makan sangat. Berkepit dengan aku sepanjang masa. 


Owh, hari nie segala persoalan akan terungkai.. Sama ada berita baik atau sebaliknya... Apapun, keutamaan lebih pada si kecil nie. Soal aku, aku redha, demi anak apa je sanggup aku lakukan.... Mudah-mudahan berkat hari Jumaat penghulu segala hari,kesihatan aku anak beranak bertambah baik.......aminnn...


p/s : appointment kul 9.00, kul 9.00 jugak baru nak keluar rumah...... ginilahhh

1 comment:

CintaZulaikha said...

ngapa dah spi 40 baru gi klinik..da kira dasat tuhhh...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...