Friday, July 8, 2011

Breastfeed vs susu formula...aku stress

Assalamualaikum.. Aku sedikit stress memikirkan susu apa yang sesuai nak bagi kat anak aku nie. Ikutkan memanglah nak breastfeed Amal Khalisah sampai dua tahun tapi rasanya macam tak kesampaian. Kalau ikut doktor, dia suh bagi susu NAN H.A - untuk budak-budak yang ada masalah elergic macam eczema bagai tu. Rasa pun macam susu ibu jugak. Katanya lah...


susu nie setin kecik pun dekat RM80.00

Aku dah try pump susu tapi malangnya tak keluar. Anak aku kuat menyusu. Lepas makan, mesti nak menyusu, nak tidur, bangun tidur, lepas main mesti nak menyusu. Selera makan dia memang ok, minum air masak pun berbotol-botol, tapi susu tetap dia nak!

 Yes, sekarang memang sedikit tertekan dengan keadaan nie. Pernah sekali aku perah susu letak dalam botol bagi dia minum, dia tak nak minum. Aku dah tak tau nak buat macamana lagi. Cuma sekarang, aku ikhtiar cara lain, perubatan alternatif, doa dan terus berdoa demi Amal Khalisah. Aku mengharapkan satu berita gembira Isnin akan datang. Aku tak nak lalui semua nie, demi Amal Khalisah. 


p/s : lagi dekat tarikh nak masuk wad, lagi kuat budak nie menyusu, lagi kuat budak nie nak berkepit dengan aku. Hati ibu mana tak luluh bila keadaan macam nie?



1 comment:

Ulam Kerdas said...

olo ciannye..aah amal kene minum susu H.A.

Anggun pun ade spare Mamex Gold H.A jugak.

Just fyi, susu HA mahal wooo..Enfalac HA pun da RM80 lebey. yang anggun punye 400grm RM32..

kalo x clap ari tu ade survey NaN HA, rsnye lagi mahal dr enfalac n mamex.

xper la x kisah la, for ur baby goodness kan:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...