Saturday, June 4, 2011

Tanah Kubur

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, setakat nie tak pernah terlepas peluang tengok cerita Tanah Kubur@astro oasis 106. Cerita nie setengah jam je, setiap jumaat jam 7.30pm. Cerita yang lain dari yang lain, sangat-sangat memberi pengajaran pada semua orang. 

Kisah isteri derhaka, makan riba, riak, amalan baik yang dilakukan masa hidup, semuanya akan dapat balasan ketika mati. Isteri derhaka pada suami, mayatnya akan jadi panas sehinggakan sukar untuk di uruskan. Si pemakan riba, kuburnya penuh dengan ular, riak mayatnya terduduk ketika hendak di kebumikan. Manakala orang yang sentiasa beramal ke jalan Allah, mukanya bercahaya, jernih dan bersih.


gambar ketika pak zami ismail terlantar sakit.
sumber : google

Hari nie, air mata aku gugur melihat lakonan Zami Ismail. Sungguh, nampak telus, dialognya bagai luahan isi hati. Dengan keadaannya yang sedang sakit, bukan di buat-buat. Muka yang tidak bermaya, semput sehinggakan sukar untuk dia bercakap banyak. Yang paling aku sedih, bila tengok kaki dia yang sedang bengkak! Memang dia sedang sakit. Ada satu babak, airmata dia benar-benar mengalir. Seolah-olah apa yang di luahkan lahir dari hati. 


Semoga kesihatan Pak Zami Ismail akan pulih seperti sedia kala dan sentiasa mendapat rahmat Illahi. 


p/s : kadang-kadang cerita macam nie menginsafkan kita

1 comment:

Atie iskandar said...

kite pon tgk cite nie kak.. banyak pengajaran cite nie..
bile tgk tue rase insaf je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...