Wednesday, June 1, 2011

Sup tomato

sup tomato

Assalamualaikum... Tadaaa, nielah menu breakfast merangkap lunch untuk hari nie. Sup tomato. Serius, sangat mengenyangkan tau! Untuk yang ada kids tu, sesuai la sangat menu nie. Budak-budak kan tak makan pedas, lagipun sekali sekala buat kelainan apa salahnya kan?

Ok, nie resepinya.. Selamat mencuba ye!

1/2 kilo tulang (nak pakai chicken stok pun boleh) - rebus, simpan air rebusan
*1 tin tomato puri
*2 biji tomato
*4 biji kentang - di rebus
*1 batang lobak merah - di rebus
*1 batang saderi 
*2 ulas bawang putih
1 sudu oregano
1 sudu besar olive oil
sedikit garam

* kisar kasar kesemua bahan.

Bahan yang di kisar tadi, di masukkan dalam air rebusan tulang, beserta tulang sekali. rebus hingga mendidih, masukkan oregano dan olive oil serta sedikit garam... Dah siap.. Senang kan?

Lagi best makan masa panas, dan makan dengan roti. Sangat mengenyangkan.

p/s : sesuailah kalau nak diet nie.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...