Thursday, June 2, 2011

Rumahku Syurgaku...homesick.

Assalamualaikum. Ini kisah anak aku. Dah 3 hari demam. Ubat dan antibiotik dah bagi pun masih sama. Cool fever dah habis dok tepek atas dahi, tuala basah dok lilit kat kepala. Kononnya nak bagi kurang panas badan. 


Hajat nak duduk kuantan 2 minggu terpaksa di lupakan, ikut my husband balik KL, angkut sama dengan adik aku. Sampai Kajang, buka pintu rumah, letak Amal Khalisah kat bawah, dia dengan excited masuk playroom, cari toys, duduk depan tv, masuk bilik guling-guling atas tilam. See, sangat excited balik rumah sendiri. Seminggu berkampung kat rumah mertua, memang takkan sama dengan rumah sendiri. Rumahku Syurgaku.


Aku rasa anak aku nie rindu rumah sendiri. Sejak jejak kaki ke rumah nie, demam dia beransur pulih, selera makan kembali ada, nampak perubahan pada dia, happy, aktif dan sangat-sangat suka gelak. Homesick ye nakkk....


p/s : takde tempat yang paling best dari rumah sendiri. Bukan banglo besar yang di cari, bukan kemewahan yang mahu di miliki tapi kasih sayang yang abadi. Kasih sayang dalam rumah yang tak mampu di jual beli........

3 comments:

Fitri Senin said...

semoga cepat sembuh

CintaZulaikha said...

yup, betoi tuh. rumah kitalah tmpt terbaik tuk anak2...yipeee~~

Ulam Kerdas said...

u r true!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...