Wednesday, June 1, 2011

Mangsa keadaan... kitakah itu?

Assalamualaikum.. Korang ikut perkembangan fesyen tak? Aku memang tak lah kan. Bab-bab fesyen nie memang bukan makanan aku. Ye, aku seorang yang buta fesyen. Dress up macam makcik-makcik. Ops, makcik-makcik pun dah up to date sekarang nie tau!


Musim sekarang orang memang ikut fesyen, baik baju, baik tudung, kasut, gadget, semuanya menjadi ikutan. Apakah kita akan di gelar ketinggalan zaman, tak up to date kalau kita tak ikut semua tu? Ada masa dan ketika, bila aku keluar, ada mata-mata yang memandang dengan pandangan yang serong. Mungkin pada mereka, aku selekeh, tak ikut perkembangan zaman.


Sesungguhnya aku tak nak jadi mangsa fesyen. Buat apa nak jadi orang lain? Ukur baju di badan sendiri, apa yang cantik pada orang lain belum tentu cantik untuk kita, belum tentu sesuainya. Lagipun semua nie tak tahan lama, sampai masa bila fesyen tu dah suam-suam kuku, nak pakai pun malu kan? Satu kerja nak shopping bagai, beli tudung baru, baju baru yang ikut fesyen. 


Orang nak pakai legging, kita pun nak pakai legging jugak


Orang sibuk nak pakai tudung ala-ala Hana Tajima, kita pun sama naik ikut tutorial nak belit tudung


Orang dress up ala-ala korea, pakai jaket bagai kita pun nak ikut sama sedangkan cuaca diorang dengan kita jauh berbeza. Sudahnya sauna sendiri, ketiak habis basah.


Ambil gambar ala-ala muka comel, kita pun nak ikut sama. Muncungkan mulut, peace sana sini, agak-agak comel la kan? Muka jawa tetap muka jawa, takkan nampak korea pun walau fesyen tu dah ikut.


Biarlah kita ada jatidiri sendiri, jangan terlalu mengikut. Sudahnya kita yang susah. Minta maaf la yek, kot-kot ada yang terasa dengan entry nie. Sekadar renungan kita bersama.


p/s : ada hikmah aku gemuk, kalau tak mesti sama jugak.......

3 comments:

aDieyZa said...

zana just akan ikut fashion yg sesuai dgn diri zana jer.. kalau terlalu ramai org ikut fashion tu but fashion tu x kena dgn diri & penampilan zana, zana x kan ikut.. x semua fashion terkini tu kena dgn kita kan..

zura_habib said...

aku setuju sgt2...mungkin ada hikmah aku nie gemok tau...so xde la aku nk menambah dosa aku sendiri ngan hubby aku...aku salah seorg yg tak mudah nak bertukar pesen ikut peredaran masa...sbb lama2 trend tu akan hbs jugak...so org nk pandang n gelakkan aku sbb aku still pakai tudung bawal or tudung minah pun aku x kesah:-)

Tina Othman said...

kehkehkeh ayat paling bwh yg tak tahan tu..asal sihat takpelah jue =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...