Tuesday, June 7, 2011

KL Bird Park, Lake Garden | part 2

"auto publish"

Assalamualaikum.. ada part, part pulak dah! Actually aku dapat voucher masuk ke KL Bird park nie dari my sis in law. Masa matta fair tu kot kalau tak silap aku, dia ada beli lebih. So ada la tiket untu 2 adult and 1 child. Its FREE ok! alhamdulillah rezeki kami. Peram punya peram, sampailah sekarang baru guna. Kebetulan adik aku ada kat sini, maka terisilah masa cuti sekolah dia kali nie.


Matahari tengah tegak atas kepala, aku baru terkedek-kedek nak masuk bird park. Tengok kawasan redup je tapi rupanya, panas yang amat! Nasihat aku kalau nak pergi tempat macam nie, takdela terasa panas sangat. Pakai topi atau payung, itu lagi terbaik. Bukan je elak dari kene panas, tapi juga segala unsur-unsur najis betepek atas kepala korang.


Kawasan bird park nie agak luas la, memang penat berjalan. Kalau ada anak kecik, jangan dok mimpi nak dukung, sila bawa stroller. Dan kalau boleh makan minum sila bawa sendiri. Kat sini mahal yang amat. Air tin satu tin RM4.00 okeyh!! (100plus x2, 1 Ribena, 1 aiskrim = RM15.00) Memang pitam!


Memang la seronok bila masuk tempat-tempat macam nie, tapi tang bau tu jela yang aku agak kureng. Korang tau je la, kalau dah banyak burung, bau nya pun semacam je. Ok, cerita panjang pun tak guna.. Meh layan sikit gambar.. Nanti akan ada part 3 pulak. Jangan risau.. hehehe...


papan tanda nie ada kat mana-mana je. info untuk pengunjung

anak ayam, at least anak aku dapat jugak kenal camne rupa anak ayam
bagi dia pegang tapi tak yakin pulak. tengok gaya macam dia geram je, di picit-picitnya 
ayam tu

anak itik, kat sini ada satu galeri. tunjuk macamana telur menetas, 
cara-cara nak awet haiwan, macam-macam info, dan yang paling best
tempat nie ada aircond.. Syookkk OoOo....

p/s : nantikan gambar-gambar perasan comel di part 3 yek.








1 comment:

CintaZulaikha said...

da lama gile tak gi sini. last gi pon time skolah rendah...huhuhu. ada burung lagi ka??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...