Wednesday, June 1, 2011

Kerisauan melanda..tanda-tanda mengandung

Assalamualaikum. Update blog pagi Rabu, dalam keadaan cuaca yang mendung, petir dok tum tam, hujan renyai-renyai je. Lately nie aku rasa tak sedap badan. Pening, nak muntah, cepat penat, segala symptom pregnant ada and i gain my weight! Tiap-tiap minggu naik sekilo. Sumpah ini bukan sesuatu yang menyenangkan hati aku. 


Risau akan molar pregnancy tu 'wujud' balik dalam badan nie. Dok berkembang dan terus berkembang. Kalau setakat dalam rahim je, boleh la di sedut buang. Itu tak menjadi ketakutan buat aku. Aku risau kan bacaan HcG meningkat naik, tak kembali normal! Aku tak nak KEMO!! Sekarang nie, aku tak tau nak buat macamana. Nak makan serba serbi takut, takut mengundang kesan disebaliknya walhal tak pun.


Ntahlah, takut nak fikir tapi ada masa terfikir jugak. Harap semuanya baik-baik aja. Mudah-mudahan.. aminn.




p/s : mendung-mendung macam nie memang best dapat tidur kan!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...