Tuesday, June 28, 2011

Jumaat, hari penentu

Assalamualaikum.. Semalam follow up bHCG sekali lagi. Seperti biasa, reading bHCG memang naik ke 68 dari 60. Sememangnya ia bukan satu berita gembira untuk aku. Untuk turun ke paras normal (0-5) memang sedikit sukar! Aku sendiri tak tahu macamana. 


Doktor Liza kata, Doktor Pakar Kanser bagi tempoh sehingga Jumaat nie. Khamis ambil darah dan Jumaat riview result! Sekiranya turun ke paras paling tak pun 40, itu sudah cukup menggembirakan aku tapi sekiranya naik, maka akan bermulalah kemoterapi untuk aku...
Air mata nie memang tak dapat di bendung lagi dah! Depan doktor jugak mengalir laju. Bukan aku tak dapat terima keputusan tu, tapi mengenangkan anak aku, Amal Khalisah. Rezeki dia untuk menyusu badan, sampai sini je nakk..


Apapun, aku harap akan ada berita gembira sempena hari Jumaat, penghulu segala hari nanti. Bukan untuk aku semata, tapi ini untuk Amal Khalisah. Demi dia, demi setitis susu, demi masa aku dan dia.... Hanya doa yang dapat aku panjatkan setiap masa, setiap saat agar kesihatan aku kembali sediakala....


p/s : kawan-kawan, doakan saya.....

1 comment:

zura_habib said...

julie..aku doakan kau ye...hrp xde pape...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...