Wednesday, June 1, 2011

Jangan bagi malu Kuantan.

Assalamualaikum.. Ini cerita masa aku balik Kuantan baru-baru nie. Hari Ahad lepas, bawa adik jalan-jalan sambil mr hubby nak shopping. Orang kL shopping kat kuantan seyh! Orang kuantan dok sibuk-sibuk datang KL shopping baju. Ok, bukan itu yang aku nak cerita.


Lokasi : ECM, Kuantan. Perut memang dah lapar tahap tak boleh bawa berbincang. Silap hari bulan, kuda pun aku boleh telan! Dah duduk, tengok menu, terpandang pada logo halal yang dah ditutup dengan sticker. Pandang pada kedai, pada banner, pun sama. Apakah??? Kembang tekak weh. Orang lain mungkin tak kisah, tapi bila aku dah timbul rasa was-was, buat apa tunggu lagi kan?


Melangkah ke Berjaya Megamall semata nak makan benda nie. Adik aku teringin. Nak memenuhi permintaan dia, bawa la ke sini. Orang memang tak ramai. Bila nak order, si waiter dengan tenang bagi penjelasan.. "Ayam takde, yang lain-lain ada. Ayam kita cuma ada chicken wings je.Ayam baru sampai, tak bakar lagi" (note : 1 hidangan 2 ketul chicken wings). Berapa set aku nak order agaknya?

Di sebabkan depan KR ada Pizza, beralih la ke sana. Restoran dah cantik, deco pun dah menarik, kalau nak order press call. Really impress! Sampai masa, dah order, aku benda wajib order adalah salad. "maaf, kita tak ada salad bar kat sini" Sentap tak? Deco dah cantik, salad bar pun takde! dan satu kes lagi, bila pizza sampai, yang datang adalah 2 set small pizza, katanya regular dah habis (note : kami order regular size). Ya Allah. Nape la malang nasib? Dahla dalam tu banyak langau. Aku pun tak faham k!

Apakah aku memang ada masalah dengan pizza kat Kuantan nie? Masa nak makan pizza kat Giant Kuantan pun macam nie juga. Dok sibuk tanya nak minum air apa. Tapi bila sampai masa nak order, air nie takde, air tu takde, pizza nie takde, pizza tu takde, banyak yang takde dari ada. Dengan keadaan pekerja yang melampau tak hormat pelanggan. Terpekik sana sini, galok sangat. Perempuan pulak tu. Malu kaum je.

Ntahla, nak kata ada big even at Kuantan, takde pulak. Tapi bila jadi macam nie, aku sebagai pemenang ic 06 memang malu dengan my husband. Teruknya. Yang jadi mangsa kutukan, pengurusnya lah. 

p/s : kalau tau cenggini, makan ikan celup tepung lagi bagus!!




4 comments:

Farah Shamsudin said...

whoa.. apakah masalah di kuantan ini sebenarnya ekk? kalau macam gituu, para2 pengurus di kuatan perlu take noted ni..

LiErOSe~QiEmi said...

cian ko.. aku penah makan piza kat giant tu.. ok je time tu.. tak tau la sekarang.. tu time blom ada Qimie lagi.. baru lepas kawin..

ain roxmum said...

a'ah kalo gitu baik layan keropok mokna kak...

Sheira said...

sepanjang 17 tahun sy duduk kt kuantan tak pernh lg mnglmi situasi seprti itu.rsanya ok je n x de maslh pun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...