Friday, June 24, 2011

"It's not a good sign"...kata doktor

Assalamualaikum. Semalam sekali lagi aku ke Hospital Ampang. Dengan hati yang sedikit gundah gulana, risau akan perkhabaran yang tidak enak di dengar. Malam sebelum memang tak boleh tidur lena. Tak sabar nak tahu result darah minggu lepas. Hampir 2 jam menunggu, sampai giliran aku.. 


"It's not a good sign..bila last period?" kata doktor.. Aku dah cuak! Level HCG (human chorionic gonadotrophin) aku naik semula.. Sebelum nie 112, pastu turun ke 47. Ok, aku lega! Kali nie naik ke 62..!! Scan tapi takda apa-apa.. Macam-macam soalan yang doktor tanya. Yes, aku faham yang ini situasi yang terpaksa aku lalui bila molar pregnancy. Sampai satu tahap kalau level HCG masih tidak turun ke paras normal, maka aku terpaksa menjalani kemoterapi.


Sebelum balik, sekali lagi darah aku diambil. xray pun dah di jalankan. Isnin nie harus ke hospital ampang semula untuk tahu keputusan darah dan consult dengan pakar kanser.


p/s : kawan-kawan...doakan aku selamat.......

2 comments:

Shiela Firdaus said...

insyaallah Ju..doakan kamu selamat ye.

kemboja said...

semoga selamat semuanya.. sabar yer Allah sedang menguji..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...