Saturday, June 18, 2011

Beta HCG Review

Assalamualaikum. Semalam, 17 Jun sekali lagi aku ke Hospital Ampang untuk tahu keputusan ujian darah. Alhamdulillah, bacaan Beta HCG dah drop berbanding sebelum nie. Dari 112 ke 47. Syukur pada Allah. Aku tak boleh tarik nafas lega sangat, rasa susah hati tu tetap ada. Selagi tak turun ke paras normal, selagi itu aku tak tenteram. Tiap-tiap minggu kene datang hospital untuk review result dan amik darah. Lengan aku nie dah naik lebam. Hmm, memang lah doktor kata ini kanser yang selamat. Aku tak tau sampai bila harus macam nie, ulang alik ke Hospital Ampang. Sungguh aku penat, tapi bukan aku putus asa.






p/s : Result darah 16 Jun, rejected makanya semalam kene ambil darah lagi sekali. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...