Wednesday, June 15, 2011

Alahai anak mommy..marah-marah sayang

Assalamualaikum. Anak aku dah masuk 16bulan lebih. Mulut sekarang memang banyak celoteh walaupun butir patah kata tu aku tak jelas tapi naluri ibu buat aku tau apa yang dia nak. Lagi satu dia cepat belajar, mata dok perhati apa mommy daddy buat.


Satu hari tu, masa tengah tunggu daddy kat klinik, dia dalam kereta akan melangkah ke seat driver. Pegang stereng, mulut buat bunyi macam drive, kejap-kejap tangan pegang gear dan yang paling best, capai touch N go, touch kan kat cermin tingkap! Hamik... aku pun tak sangka  dia boleh buat macam tu.




Bab mengemas, jangan cakaplah. Semua budak macam nie. Baju nak lipat satu bakul boleh amik masa berjam-jam lamanya. Bukan sebab apa, si kecik nie dok mengacau. Belum masuk part dia keluarkan semua baju dari dalam almari, memang mengamuklah mommy kau nie nakkk oiii... Sentap sungguh!


Tapi tu lah, ada masa kesabaran kita nie hilang jugak. Kalau sampai tahap geram tu, memang kene marah. Lagi-lagi sekarang nie dia memang tengah lasak yang amat. Mulut riuh, tengah tidur malam nie, kalau aku tidur sama jawabnya kene cungkil biji mata, kene tendang, mengamuk nak bergantung je. Nak tak nak, lepas tidurkan dia aku terpaksa bawa diri keluar bilik, tidur kat ruang tamu. Kalau aku takde kat sebelah, dia boleh lena sampai pagi, takde nangis-nangis.


Alahai nakk, kalau selalu macam nie mommy boleh kene darah tinggi..........




p/s : siapa kata jaga anak tak mencabar? menguji kesabaran wooo..... marah-marah sayangg....



2 comments:

CintaZulaikha said...

anak saya pon sama. org yg ada anak je tau yg kehidupan berkeluarga tuh penuh cabaran...huhu~~

LiErOSe~QiEmi said...

ju.. tu baru 1thun lebih... ko tunggu masuk 2 tahun nnt.. lagiiii laaaaa boleh bikin darah naik huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...